Nor Hanisah Kamaruzaman
[email protected]
Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/198308

retis05_1484715575 retis04_1484715571

retis03_1484715568  retis02_1484715564

retis01_1484715556

Idea kreatif seni visual

Menghayati dan menikmati sesebuah karya seni bukan saja pada keindahan luarannya malah terdapat banyak sisi dan sudut berbeza yang boleh diteroka.

Penulis terpegun mengamati kerja tangan barisan sembilan artis muda yang menampilkan kepelbagaian dalam setiap karya mereka.

Menariknya, keupayaan serta lenggok artis dalam menyentuh emosi serta pemikiran penonton terserlah pada karya yang ditampilkan.

Generasi Y yang berminat dan gemar pada cabang seni visual boleh luangkan masa menonton pameran bertajuk ‘Aqal II di Galeri Segaris Art (SAC), Publika Shopping Gallery, Kuala Lumpur kerana ia aktiviti yang berkualiti untuk terapi minda dan melapang­kan fikiran.

Sebanyak 74 karya yang terdiri daripada lukisan serta cetakan ditampilkan dalam pameran itu bukan saja unik dan tersendiri tapi mengetengahkan pelbagai medium berbeza.

Selain campuran media, medium lain yang digunakan dalam penghasilan semua karya berkenaan adalah cat minyak, cat berkilat, dakwat dan arang di atas kanvas serta kertas.

Pameran yang berlangsung sehingga 31 Januari ini membabitkan sembilan artis muda iaitu Anis Che Mat, Azizi Ali, Faiz ZA, Farhan ZA, Hana Zamri, Lyne Ismail, Syahida Sabri, Tsa Meera dan Ziera Ismail.

Barisan artis yang datang daripada pelbagai latar sosial dan budaya serta berbeza kekuatan serta kepakaran bersatu dalam pameran yang menyatukan mereka iaitu minat dalam menterjemah idea kreatif melalui disiplin seni visual.

Bagi yang berminat, pameran dibuka setiap hari kecuali Isnin dari jam 10 pagi hingga 7 malam dan masuk percuma.

INFO

PAMERAN ‘AQAL II (Berkumpulan, sembilan artis)

• JUMLAH KARYA: 74

• TARIKH: 14 Januari hingga 31 Januari 2017

• WAKTU: 10 pagi hingga 7 malam (tutup setiap Isnin)

• LOKASI: Galeri Segaris Art (SAC), Lot No 8, Level G4, Publika Shopping Gallery, Kuala Lumpur

• FB: Segaris Art Center